PEKAN: Amir Nazrin mendahului satu pukulan ke atas Shahriffuddin Ariffin untuk msuk akan ke pusingan akhir kejohanan golf PGM Royal Pekan hari ini.
Shahriffuddin yang mencatatkan tujuh di bawah par (-7) dalam pusingan dua semakin hampir dengan menyamai pendahulu.
Catatan keseluruhan Shahriffuddin ialah lapan bawah par (-8) selepas 36 lubang.
Khor Kheng Hwai, Daeng Rahman dan Ervin Chang semuanya mendapat tujuh di bawah par (-7).
Satu pukulan di belakang kumpulan tempat ketiga ialah Edven Ying dengan enam bawah par (-6).
Sebanyak 46 pemain melepas cut pada iaitu yang kedududkan sembilan atas par (+9).

Pada Kejohanan Wanita, Winnie Ng meneruskan pendahuluan pada enam bawah par (-6).
Liyana Durisic berada dalam jarak tiga pukulan pada tiga di bawah par (-3). Geraldine Wong dan Ng
Jing Xuen berada pada dua atas par (+2).
Kejohanan PGM Royal Pekan menawarkan hadiah wang tunai RM180,000, manakala bagi Kejohanan Wanita hadiah wang tunai ialah RM30,000.
PGM Royal Pekan berlangsung di Kelab Golf Diraja Pekan, Pahang.