PETALING JAYA: Aaliyah Yoong Hanifah mempamerkan prestasi menakjubkan apabila mengharumkan nama Malaysia pada Kejohanan Ski Air Asia IWWF 2025 di Bangkok, Thailand. Aaliyah muncul juara keseluruhan wanita selepas merangkul tiga pingat emas dalam acara slalom, lompat dan tricks, sekali gus membuktikan statusnya sebagai ratu ski air Asia. Lebih manis, adiknya Aiden Yoong turut mengungguli acara keseluruhan lelaki selepas meraih podium dalam semua acara termasuk emas tricks, gangsa slalom dan lompat.…