Ruben Amorim tidak tenang 45 minit pertama

Ruben Amorim tidak tenang 45 minit pertama

REAKSI kecewa Ruben Amorim apabila pemainnya melakukan kesilapan ketika berdepan skuad ASEAN All-Star.- Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim tidak tenang di bangku simpanan selepas anak buahnya bergelut menahan asakan skuad ASEAN All-Star.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, anak-anak buah Amorim diasak hebat skuad kendalian Kim Sang Sik yang menguasai awal permainan dan beberapa kali melakukan percubaan bahaya.

Skuad ASEAN All-Star lebih dominan menguasai bola dan hampir membuka jaringan menerusi Sandro Mguel Sison Reyes pada minit ke-21, namun berjaya diselamatkan oleh Andre Onana.

Situasi itu membangkitkan kemarahan Amorim di tepi padang yang nampak memberikan arahan kepada barisan pemain selain menunjukkan reaksi kecewa apabila ada kesilapan berlaku.

Tertekan dengan situasi itu, Amorim melakukan empat pertukaran pada minit ke-32 dengan membawa masuk Sekou Kone, Jaydon Kamason, Daniel Arner dan Shea Lacey bagi menggantikan Jack Moorhouse, Casemiro, Diogo Dalot dan Harry Maguire.

Pada minit ke-33, Kobbie Mainoo hamprr meletakkan United didepan, namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol ASEAN AlL-Star, Patiwat Khammai.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan dengan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN