Malaysia ke final acara double

Malaysia ke final acara double

PEMAIN Malaysia, Noraizat Mohd Nordin (kiri) bersama Aidil Aiman Azwawi (kanan) meraikan kejayaan menewaskan pasukan India pada peringkat separuh akhir Acara Beregu dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menepati ramalan mara ke pentas akhir acara double kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 selepas mudah meratah India 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Gandingan mantap Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan pasangan India, Sorokhaibam Malemnganba Singh dan Yumnam Akash secara straight set.

Set pertama menyaksikan skuad negara mengawal sepenuhnya tempo permainan sebelum mengesahkan kemenangan 15-12, manakala set kedua pula berlangsung lebih pantas apabila Noraizat-Aidil menutup perlawanan dengan keputusan 15-12.

PEMAIN Malaysia, Noraizat Mohd Nordin melakukan aksi libasan ketika menentang pasukan India pada peringkat separuh akhir Acara Beregu dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN

Ketua jurulatih skuad negara, Aswadi Abdullah berkata, pemain negara perlu memperbaiki segera kesilapan servis menjelang perlawanan akhir dengan Thailand pada malam ini.

“Sebenarnya, saya mahu melihat servis yang biasa dilakukan oleh Aidil Aiman, sekiranya dia berjaya mendapatkannya kita mampu memberi tentangan sengit kepada Thailand pada malam ini,” katanya selepas perlawanan.

Kejayaan ini membuka peluang buat Malaysia untuk menebus kekecewaan dalam sebelum ini apabila sekali lagi bakal berdepan musuh tradisi, Thailand dalam aksi final yang dijadual berlangsung malam ini.

Thailand terdahulu menempah slot ke akhir selepas menundukkan Indonesia straight set 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN