Berlatih dua hari mampu benam Man. United

Berlatih dua hari mampu benam Man. United

KAPTEN ASEAN All-Star, Sergio Aguero menjulang Piala Cabaran 2025 selepas menumpaskan Manchester United 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali ASEAN All-Star, Kim Sang Sik mendedahkan pasukannya hanya sempat berlatih selama dua hari sebelum berdepan Manchester United dalam aksi Piala Cabaran 2025.

Bagaimanapun, situasi berkenaan tidak menghalang mereka untuk melakar kejutan apabila membenam skuad bintang kendalian Ruben Amorim 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Beraksi menentang salah satu kelab terbaik dunia, ia merupakan satu perlawanan yang hebat serta persembahan yang cukup baik oleh pasukan kami. Pada akhirnya, kami menang 1-0, kami sangat gembira.

“Kami hanya sempat menjalani latihan selama dua hari, namun mereka bermain seolah-olah telah bersama lama. Pasukan bermain dengan tersusun dan kami amat berpuas hati dengan pencapaian itu,” kata Sang Sik.

Skuad himpunan pemain terbaik di Asia Tenggara itu menang hasil jaringan tunggal penyerang Myanmar, Mg Mg Lwin pada minit ke-71, sekali gus memalukan The Red Devils dalam aksi pra musim pertama mereka.

Dalam masa yang sama, Sang Sik mengucapkan terima kasih kepada 72,550 penyokong yang hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN