Aniq akui porogram RTG beri impak besar

Aniq akui porogram RTG beri impak besar

Mohamad Aniq Kasdan beraksi dalam acara angkat berat Sukan Olimpik 2024 di Paris, Ogos lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Mohd Aniq Kasdan mengakui dia akan terus kekal bersama program Road to Gold (RTG) bagi memastikan persiapan lebih rapi dan menyeluruh menjelang Temasya Olimpik Los Angeles 2028.

Aniq, yang sebelum ini menerima sokongan intensif daripada RTG dalam tempoh beberapa bulan terakhir sebelum menyertai Olimpik Paris 2024, mengakui bantuan yang diterima telah memberikan impak besar kepada prestasinya.

“Saya akan terus kekal dengan RTG. Kalau saya bergerak sendiri, saya akan susah sendirian tetapi apabila bersama RTG, mereka banyak membantu saya, walaupun dalam masa beberapa bulan sahaja sebelum ini (Olimpik Paris 2024).

“Kalau untuk jangka masa panjang, saya fikir ia akan lebih mantap berbanding sebelum ini. Servisnya lagi banyak. Perjalanan saya juga masih jauh dan untuk mencapai prestasi lebih tinggi saya perlukan sokongan daripada RTG,” katanya.

Aniq berkata, khidmat tambahan yang ditawarkan RTG seperti makanan tambahan berkualiti dan sokongan saintifik membantu mengekalkan kesegaran tubuh untuk menjalani latihan yang lebih intensif.

“ISN (Institut Sukan Negara) pun bagus, cuma dengan RTG saya dapat tambah lagi daripada segi pemulihan, makanan tambahan dan servis lain supaya badan kekal segar dan dapat berlatih lebih kuat,” katanya.

Aniq termasuk dalam senarai 16 atlet terpilih bagi fasa pertama program RTG, bersama 13 atlet badminton dan dua atlet berbasikal trek.

Mendahului senarai ialah pemenang pingat gangsa Olimpik Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia, diikuti Pearly Tan-M Thinaah, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, selain Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.

Bakinya, dua pelumba berbasikal trek, Mohd Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri serta Aniq.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya