Jun Hao patut boleh pergi jauh - Roslin

Jun Hao patut boleh pergi jauh – Roslin

LEONG Jun Hao tersingkir pada pusingan pertama BAC 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian kurang memberangsangkan yang dipamerkan oleh pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao pada musim ini perlu diberi perhatian sewajarnya.

Pandangan itu dilontarkan oleh bekas pemain badminton No.1 dunia, Roslin Hashim apabila dia tidak menolak kemungkinan Jun Hao telah berada di zon selesa.

Berdasarkan prestasi Jun Hao pada musim ini, dia sering kali terkandas seawal di pusingan pertama dan terbaharu pemain berusia 25 tahun itu tersingkir di pusingan 32 pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, kelmarin.

“Susah nak cakap sebab adakalanya dia bermain dengan baik cuma berdasarkan keputusan sebelum ini dia tidak pernah menjadi juara walaupun sebelum ini dia boleh menewaskan pemain terkemuka dunia.

“Dia sudah lama berada dalam pasukan kebangsaan jadi dengan pengalaman yang dia ada dan umur dia, dia patut ada gelaran.

“Pada usianya, dia sepatutnya berada dalam kelompok 10 terbaik, itu yang seelok-eloknya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Bagaimanapun, Roslin menegaskan itu bukan bermakna Jun Hao yang kini berada di ranking ke-26 dunia perlu digugurkan daripada skuad kebangsaan.

“Tidak, cuma sampai bila nak jaga pemain seperti ini? Kalau takut sebab tiada pemain itu sudah menjadi masalah lain. Perkara ini perlu dinilai sebab kalau pemain itu tidak mempunyai keputusan macam mana nak uruskan mereka,” katanya.

Kelmarin, Jun Hao tewas kepada Lin Chun-Yi dari Taiwan 21-11, 21-19 manakala seorang lagi wakil perseorangan negara, Ng Tze Yong turut pulang awal apabila kalah 21-9, 21-12 kepada pilihan ketiga dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya