LONDON: Arne Slot kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas terlepas meraih trofi Piala Liga selepas pasukannya tewas 2-1 kepada Newcastle. Kekecewaan di Wembley itu hadir selepas empat hari mereka masih meratap kegagalan meneruskan kempen Liga Juara-Juara tewas kepada Paris Saint-Germain dalam penentuan sepakan penalti, sekali gus mencalar reputasi Reds yang semakin hampir untuk menjulang gelaran liga musim ini. Bagi Newcastle, kemenangan itu merupakan yang terbesar…