Nurul Izzah harapan emas ACC

Nurul Izzah harapan emas ACC

NURUL Izzah Izzati Mohd Asri gagal ke suku akhir acara pecut individu wanita selepas tewas kepada pelumba Jepun, Mina Sato pada aksi 1/16 pada Piala Negara-negara di Konya, Turkiye, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dan kecederaan yang menimpa Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuka ruang kepada pelumba muda untuk membuktikan kemampuan mereka di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Ketua jurulatih kebangsaan, Harnizam Basri, meletakkan sasaran tiga pingat menerusi acara keirin wanita serta pecut berpasukan lelaki dan wanita tanpa menetapkan warna pingat.

Namun, peluang Malaysia untuk membawa pulang lebih daripada tiga pingat dilihat cerah berdasarkan prestasi semasa pelumba negara.

Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri muncul sandaran terbaik emas selepas meraih dua emas, satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan sama di New Delhi, India tahun lalu.

Cabaran getir menanti pelumba berusia 22 tahun itu dalam usaha mempertahankan emas keirin apabila juara dunia dari Jepun, Mina Sato, yang tidak bertanding di New Delhi, bakal beraksi di Velodrom Nasional Nilai.

“Setiap perlumbaan hadir dengan cabaran tersendiri yang sukar diramal, namun saya bertekad menjadikan kejohanan kali ini sebagai pentas untuk mencapai kecemerlangan.  

“Kejayaan membawa pulang dua pingat emas di New Delhi tahun lalu akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus mengekalkan momentum, lebih-lebih lagi apabila beraksi di gelanggang sendiri,” kata Izzah.

Izzah juga berpeluang mempertahankan emas ujian masa tetapi perubahan jarak perlumbaan daripada 500 meter kepada 1 kilometer (km) memberi kelebihan kepada pelumba tertentu.

Selain acara individu, Izzah bakal berganding dengan Anis Amira Rosidi dan Nurul Alyssa Farid dalam acara pecut berpasukan dengan kehadiran Alyssa dijangka memperkuat cabaran Malaysia selepas pencapaian cemerlangnya pada Piala Presiden, bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN