Norris paling laju, litar Bahrain bergelap

Norris paling laju, litar Bahrain bergelap

Pasukan mekanik Aston Martin melakukan kerja dalam gelap selepas berkalan elektrik terputus semasa ujian pramusim Formula Satu di Sakhir, Bahrain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SAKHIR, Bahrain: Pelumba pasukan McLaren, Lando Norris mencatat kelajuan paling pantas dalam ujian hari pertama  pramusim Formula Satu (F1) malam tadi walaupun sesi pemanas badan itu terganggu apabila litar bertukar gelap gara-gara bekalan elektrik terputus.
Kejadian berlaku ketika pelumba sedang memecut di atas litar dan antara pelumba yang terperangkap dalam kejadian itu ialah George Russell daripada pasukan Mercedes.
“Sebaik sahaja keluar daripada pit suasana gelap dan saya menghubungi pasukan dan mahu menukar cermin topi keledar. Ketika kejadian juga saya tidak nampak lampu kecemasan dipasang,” kata pemandu Britain itu.
Cuaca di litar yang mencatat suhu sejuk, malah bacaannya semakin menurun selepas hujan tidak mengganggu tumpuan utama untuk melihat prestasi pemandu baharu pasukan Ferrari, Lewis Hamilton yang menamatkan sesi pertama 13 terpantas.
Pelumba berusia 40 tahun itu menamatkan ujian 70 pusingan dengan sedikit perlahan di bawah Kimi Antonelli, pelumba muda yang menggantikan tempat Hamilton dalam pasukan Mercedes. – AFP/UTUSAN
Ujian pertama pramusim F1
1. Lando Norris (GBR/McLaren) 1min 30.430 saat
2. George Russell (GBR/Mercedes) at 0.157s
3. Max Verstappen (NED/Red Bull) 0.244
4. Charles Leclerc (MON/Ferrari) 0.448
5. Carlos Sainz (ESP/Williams) 0.525
6. Pierre Gasly (FRA/Alpine) 0.923
7. Andrea Kimi Antonelli (ITA/Mercedes) 0.998
8. Liam Lawson (NZL/Red Bull) 1.130
9. Alexander Albon (THA/Williams) 1.143
10. Yuki Tsunoda (JPN/RB) 1.180
11. Isack Hadjar (FRA/RB) 1.201
12. Gabriel Borteleto (BRA/Sauber) 1.260
13. Lewis Hamilton (GBR/Ferrari) 1.404
14. Jack Doohan (AUS/Alpine) 1.411
15. Fernando Alonso (ESP/Aston Martin) 1.444
16. Lance Stroll (CAN/Aston Martin) 1.519
17. Oscar Piastri (AUS/McLaren) 1.654
18. Nico Hulkenberg (GER/Sauber) 1.739
19. Esteban Ocon (FRA/Haas) 3.170
20. Oliver Bearman (GBR/Haas) 5.092
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN