Jumlah acara sukan SUKMA 2026 dimuktamad akhir bulan ini

Jumlah acara sukan SUKMA 2026 dimuktamad akhir bulan ini

Acara SUKMA
MOHD. Najwan Halimi ditemui pemberita selepas merasmikan Restoran Burg&Go, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jumlah acara sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor bakal dimuktamadkan pada 26 Februari ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, perkara itu antara fokus utama mesyuarat antara Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang akan dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Katanya, sesi perbincangan bersama semua exco dan Majlis Sukan Negeri itu dijadualkan berlangsung di pejabat Majlis Sukan Negara (MSN).

“Buat masa ini, sebanyak 28 acara sukan teras kekal dipertandingkan dalam temasya berkenaan. Namun, perbincangan lanjut akan diadakan pada 26 Februari bagi memutuskan tambahan acara sukan lain menerusi persetujuan semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Restoran Burg&Go, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan SUKMA Selangor dijangka berlangsung pada Ogos tahun depan dan acara pembukaannya dijangka diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Penganjuran temasya itu melibatkan 28 sukan teras dengan lima sukan tambahan yang masih di peringkat perbincangan bersama MSN dan Majlis Sukan Negeri.

Jelas Mohd. Najwan, perbincangan bagi memuktamadkan jumlah acara sukan bagi memastikan penganjuran temasya itu adil kepada semua kontinjen negeri.

“Kita tidak mahu ia hanya memberi kelebihan kepada tuan rumah iaitu Selangor semata-mata nanti. Justeru, jumlah acara yang bakal dipertandingkan perlu diputuskan secara adil dengan semangat kesukanan dan mahu melahirkan atlet pelapis negara,” ujarnya.

Tambah beliau, keputusan penuh mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Hannah kelak.

Untuk rekod, SUKMA 21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos lalu menyaksikan Selangor berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 56 emas, 64 perak dan 61 gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya