JOHOR BAHRU: Skuad hoki remaja kebangsaan menamatkan kempen Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 di tangga tercorot selepas tewas 5-2 kepada Jepun menerusi penentuan penalti setelah perlawanan terikat 2-2 petang tadi. Ini merupakan persembahan terburuk pasukan Young Tigers dalam sejarah penganjuran SOJC sejak 2011 apabila tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dan hari terakhir kejohanan. Pada suku pertama, tidak banyak aksi menarik dapat diperkatakan setelah kedua-dua tampak berhati-hati…