Kerajaan teliti penubuhan semula Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional

Kerajaan teliti penubuhan semula Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan Negara akan menggerakkan semula usaha bagi menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (SKRN) bagi menubuhkan sebuah badan berkanun bebas demi memperkukuh keharmonian antara etnik serta agama di negara ini.

Menterinya, Datuk Aaron Dagang berkata, cadangan penubuhan SKRN baharu itu akan menekankan pendekatan pencegahan dan pendamaian.

Katanya, ia juga memberi fokus kepada usaha pencegahan awal, mediasi, serta penyelesaian secara harmoni dan konstruktif.

“Pendekatan ini selaras dengan amalan antarabangsa seperti Maintenance of Religious Harmony Act (MHRA) di Singapura, dan inspirasi daripada Australian Human Rights Commission (AHRC) yang memfokuskan kepada kohesi sosial melalui pemantauan insiden perkauman, pembinaan perkongsian strategik antara pemegang taruh, serta pendidikan masyarakat melalui mediasi dan advokasi.

“Selain itu, model National Peace and Reconciliation Commission (NPRC) di Zimbabwe turut dijadikan rujukan, terutamanya dalam pengesanan awal kawasan berpotensi konflik, mediasi komuniti, dan pembangunan program pencegahan bagi mengelakkan pertikaian berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aron Dagang berkata, suruhanjaya itu juga akan mengendalikan proses mediasi secara rasmi dan menerbitkan laporan awam, tertakluk kepada had tertentu demi kepentingan keselamatan negara.

“SKRN dijangka berupaya menjalankan siasatan terhadap isu yang menjejaskan keharmonian, memanggil pihak berkaitan untuk memberi keterangan, mengeluarkan syor tindakan dan langkah pencegahan kepada kerajaan serta agensi berkaitan,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian telah memulakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak sejak April lalu .

Menurutnya, sesi akan diteruskan secara inklusif dengan penglibatan agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, komuniti setempat serta pemegang taruh berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN