PETALING JAYA: Penganjuran sukan boling padang di Sukan SEA 2025 Thailand bakal terjawab apabila Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mengadakan mesyuarat bersama tuan rumah di Bangkok, hari ini. Perkara itu disahkan oleh Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz yang berkata, sebanyak empat negara termasuk Malaysia telah menyatakan persetujuan agar sukan boling padang diadakan di temasya dwitahunan itu. Katanya, Thailand sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memasukkan sukan itu…