Mbappe dikritik enggan mewakili Perancis 

Mbappe dikritik enggan wakili Perancis 

KYLIAN Mbappe memberi alasan tidak bersedia mewakili skuad negaranya tetapi pada masa yang sama beraksi untuk Real Madrid. - AFP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe berdepan kritikan selepas menarik diri daripada beraksi untuk Perancis dalam kempen Liga Negara-Negara menentang Israel dan Belgium.

Peminat Les Bleus juga menganggap kapten Perancis itu lebih mementing aksi di peringkat kelab kerana dia dilihat cergas ketika beraksi bersama Real Madrid.

Penyerang itu mengalami kecederaan otot bulan lalu tetapi tampil dari bangku simpanan ketika kekalahan Real di tangan Lille dalam kempen Liga Juara-Juara minggu lalu.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengetepikan Mbappe daripada skuad yang diumumkan pada  Khamis lalu selepas pemain berusia 25 tahun itu tidak bersedia.

Sebelum itu, Mbappe juga berada dalam kesebelasan utama ketika Real menang dalam aksi La Liga ke atas Villarreal Sabtu lalu.

“Sama ada anda cedera atau anda tidak beraksi untuk kelab, maka ada kemungkinan anda tidak dipanggil ke skuad kebangsaan.

“Tetapi apabila anda hadir dari bangku simpanan dalam Liga Juara-Juara dan anda bermula aksi liga, ia menjadikannya lebih kabur. Dia seorang pemain yang istimewa. 

“Kami mengetahui mengenainya dan para pemain perlu menjadi seperti Michel Platini, apabila dia masih mahu bersama kami walapun beliau cedera,” kata bekas pemain antarabangsa Perancis, Maxime Bossis.

Dalam satu video dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) semalam, Deschamps berkata, Mbappe berdepan konflik kepentingan antara kelab dan negara.

“Mbappe merangkumi banyak perkara… Kepentingan kelab dan kepentingan pasukan kebangsaan tidak dapat dielakkan. Anda juga harus ingat kelab adalah majikan, bukan persekutuan,” katanya.

Situasi Mbappe lebih rumit kerana bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu adalah kapten Perancis selepas diberikan lilitan lengan mengatasi Antoine Griezmann, yang mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa minggu lalu.

Komitmen Griezmann terhadap Les Bleus tidak pernah diragui ketika penyerang Atletico Madrid itu bermain rekod 84 perlawanan berturut-turut buat negaranya antara tahun 2017 dan 2024.

Perancis, yang menghuni tangga kedua Kumpulan A, berdepan Israel di Budapest awal pagi Jumaat ini dan bertandang ke Belgium Isnin depan.- AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN