PETALING JAYA: Kebergantungan skuad hoki lelaki negara kepada pemain senior dalam mana-mana kejohanan bakal memakan diri pada masa akan datang dan bibit awalnya boleh dilihat kepada pencapaian di Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024. Hadir ke Inner Mongolia, China dengan reputasi gah selaku naib juara edisi lalu, anak-anak buah Sarjit Singh bukan sahaja gagal menepati ramalan sekurang-kurang ke separuh akhir, malah mereka menduduki tangga tercorot kejohanan yang disertai enam pasukan.…










