PETALING JAYA: Impian pasukan footgolf Malaysia menjadi kuasa baru di peringkat benua Asia mungkin menjadi kenyataan apabila pasukan negara berjaya mencipta kejutan selepas melangkah ke pentas akhir bagi semua kategori yang dipertandingkan. Malaysia muncul selaku juara kumpulan dalam pertandingan yang menggunakan format round robin dalam dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Lelaki Senior manakala bagi kategori Wanita, skuad negara muncul selaku naib juara kumpulan. Menariknya, dalam aksi final yang akan…










