PETALING JAYA: Berapa lama lagi peminat bola sepak tempatan perlu tunggu untuk melihat adanya penambahan senarai pemain berdarah kacukan atau warisan dalam skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente. Biarpun deretan senarai nama pemain luar negara yang didakwa mempunyai darah kacukan dengan Malaysia didedahkan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat seolah-olah hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sahaja. Sekiranya tiada tindakan proaktif seperti yang dilakukan negara jiran, Indonesia yang bekerja keras…










