Tiada perjanjian antara City, Diaz

Tiada perjanjian antara City, Diaz

LUIS Diaz beraksi cemerlang bersama Liverpool musim lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City menafikan dakwaan mereka bersetuju membayar 60 juta pound (RM341 juta) untuk mendapatkan khidmat bintang Liverpool, Luis Diaz.

Khabar angin bertiup kencang yang mendakwa skuad kendalian Pep Guardiola bercadang untuk menyambar pemain sayap Colombia itu dengan El Chiringuito TV melaporkan perjanjian lima tahun sudah dipersetujui antara dua pihak.

Malah wartawan program itu Marcos Benito menambah City sedia membayar harga lumayan bagi pemain sayap kiri itu.

Bagaimanapun dakwaan itu ditepi banyak piohak termasuk wartawan popular bola sepak Eropah, Fabrizio Romano.

“Sumber City menafikan sebarang perjanjian dengan Diaz susulan laporan terbaharu gosip perpindahan,” kata Romano.

Laporan keterlaluan itu hadir selepas Diaz meledak dua gol dalam penampilan pertamanya di bawah kendalian jurulatih baharu Arne Slot ketika menang 4-1 ke atas kelab Sepanyol, Sevilla di Anfield kelmarin.

Pemain Colombia itu bertindak hebat buat The Reds sejak menyertai mereka dua tahun lalu tetapi gagal menyamai kehebatan jaringan Sadio Mane, yang digantikannya di Anfield.

Ketika Mane menyumbat 120 gol dalam 269 perlawanan buat Liverpool, satu gol bagi purata 2.24 perlawanan, Diaz hanya meledak 24 gol dalam 98 perlawanan, purata satu gol bagi 4.08 perlawanan.

Diaz memulakan musim lalu dengan prestasi cemerlang namun kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama selepas bapanya diculik di Colombia dan dia sering kali tidak beraksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN