Sukan kurang ‘popular’ tarik minat MSN

Sukan kurang ‘popular’ tarik minat MSN

Sukan Climbing turut dipertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan memberikan tumpuan kepada sukan kurang popular bagi merealisasikan impian pingat emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik.

Sukan Olimpik Paris 2024 menyaksikan banyak sukan kurang popular dipertandingkan dan peluang berkenaan perlu dimanfaatkan oleh kontingen negara untuk meraih emas.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, beliau melihat banyak negara menuai pingat di sukan baharu dipertandingkan seperti papan selaju, memanjat dan ‘surfing’.

“Di Paris 2024, kita dapat banyak pengalaman yang berharga, pahit mahupun kurang baik. Namun kita akan guna semua pengalaman ini untuk kita bahawa ke hadapan.

“Kami di MSN akan cuba membangunkan sukan baharu untuk melihat potensi sukan berkenaan yang mungkin kita boleh cungkil di Malaysia,” kata Abdul Rashid.

Di Paris, kontinjen Malaysia yang dibarisi 26 atlet hanya sekadar meraih dua pingat gangsa menerusi sukan badminton.

Sementara itu, Abdul Rashid menambah, MSN akan memberi sepenuh perhatian kepada sukan yang menawarkan banyak pingat dan kategori berat badan dalam mencari bakat berpotensi ke sukan berkenaan.

“Kita lihat Mohamad Aniq Kasdan hampir meraih pingat dan ini satu perkara baharu iaitu sukan angkat berat berjaya ke tahap ini di Olimpik.

“Negara jiran sudah berada di hadapan dengan sukan seperti angkat berat, taekwando dan gimnastik. Rasanya, kita mempunyai bakat yang mampu diketengahkan selepas ini,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×