Selangor raih 'tonik' tambahan

Selangor raih ‘tonik’ tambahan

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama pemain Pilihan Selangor meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Selangor buat kali ketiga berturut-turut sejak 2018 apabila menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka, kelmarin GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan menjulang Piala Sultan Selangor 2024 pastinya memberi tonik tambahan kepada Selangor FC menjelang aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Sabtu ini.

Biarpun ramai yang menjangkakan JDT yang juga juara bertahan akan sekali lagi menjulang Piala FA, cabaran yang dibawa oleh anak-anak buah Nidzam Jamil tidak boleh dipandang mudah kerana mereka juga memasang impian untuk bergelar juara.

Sejak penganjuran Piala FA banyak perlawanan menarik telah berlangsung, namun pertembungan antara JDT dan Selangor merupakan salah satu perlawanan yang paling dinantikan-nantikan khusus buat penyokong tegar kedua-dua pasukan.

JDT telah muncul sebagai kuasa besar dalam bola sepak Malaysia dan cukup dominan dengan kemampuan mereka memenangi pelbagai kejuaraan manakala Selangor FC sebagai pasukan mempunyai sejarah tersendiri yang tidak kurang hebatnya.

Pertembungan hebat antara kedua-dua pasukan ini bukan sahaja tentang merebut piala tetapi juga untuk menjaga maruah dan semangat juang yang ditunjukkan oleh setiap pemain dalam membawa nama pasukan masing-masing.

Bintang Selangor FC, Faisal Halim berkata, biarpun aksi menentang JDT yang juga juara bertahan adalah sukar, namun segalanya bukan mustahil untuk barisan pemain skuad Merah Kuning memberikan yang terbaik pada aksi final

“Kami janji beri yang terbaik untuk penyokong, rakyat Selangor dan apa saja keputusan sekalipun kami kena terima sebab kita pergi untuk berjuang bukan pergi sekadar melengkapkan final,” katanya,” kata Faisal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×