Sasaran juara buat Harimau Malaya

Sasaran juara buat Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya perlu menjuarai Pestabola Merdeka 2024. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tugas berat menanti Harimau Malaya apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran untuk menjuarai Pestabola Merdeka yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 dan 8 September ini

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, badan induk itu mengekalkan sasaran yang sama kepada Harimau Malaya seperti edisi tahun lalu selain turut menjanjikan barisan pemain terbaik akan diturunkan untuk kejohanan tersebut.

“Semestinya dalam Pestabola Merdeka kita menetapkan sasaran juara, seperti tahun lalu kita letak sebagai juara. Tiada alasan untuk kita tidak menjadi juara bagi edisi kali ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bagi edisi tahun lalu, Harimau Malaya yang dikendalikan Kim Pan Gon ketika itu tewas 0-2 kepada Tajikistan di perlawanan akhir.

Pada edisi kali ini, skuad kebangsaan akan memulakan aksi menentang menentang Filipina manakala Tajikistan bertemu Lubnan dengan kedua-dua perlawanan tersebut diadakan ada 4 September ini.

Bagi aksi penentuan tempat ketiga dan final pula akan diadakan pada 8 September.

Dalam pada itu, Firdaus turut memberitahu FAM akan menggunakan khidmat pengadil dari luar negara yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mengadili aksi Pestabola Merdeka.

“Kita tidak mahu dilihat sebagai syok sendiri jadi kita panggil pengadil dari luar untuk menunjukkan ketelusan kita apabila menganjurkan pertandingan kerana ia di bawah kalendar FIFA.

“Kita dah kenal pasti beberapa pengadil daripada Asia dan bertaraf FIFA tetapi tidak boleh beritahu dari negara mana sebab masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi.

Firdaus turut memberitahu penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dalam kempen Pestabola Merdeka masih di peringkat perbincangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN