Pan Gon khianati Harimau Malaya, macam 'orang gila talak’

Pan Gon khianati Harimau Malaya, macam ‘orang gila talak’

Tan Sri Hamidin Mohd Amin (kanan) kini disebut-sebut bakal kembali terajui FAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon seperti ‘orang gila talak’ semasa ingin meminta pelepasan bagi menamatkan kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Pan Gon berbohong dengan menyatakan tujuan utama beliau meminta penamatan kontrak adalah kerana berdepan masalah keluarga.

“Cerita ini pedih sebenarnya, sehingga perlawanan menentang Taiwan (Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia), Pan Gon masih bersama kita, selepas itu dia bercuti dua minggu dan tambah seminggu lagi.

“Selepas kembali dari bercuti dan tiga hari sebelum saya ke Mallorca, Sepanyol (sebelum Sukan Olimpik Paris 2024), Pan Gon setiap hari jumpa saya. Hari pertama saya tidak bagi keputusan dan hari kedua juga sama.

“Pada hari ketiga, dia datang merayu lagi seperti orang gila talak akhirnya terpaksa untuk melepaskannya selepas mengambil kira jasanya kepada pasukan kebangsaan biarpun sedar FAM akan jadi mangsa,” katanya.

Menurut Hamidin, selepas penamatan kontrak beliau mendapat tahu bahawa pengendali dari Korea Selatan itu telah menandatangani kontrak dengan Ulsan HD, sekali gus membuktikan dia tidak profesional.

“Saya kecewa, FAM jadi mangsa dan dia dapat tawaran lebih lumayan. Perkara ini bukan salah FAM sebenarnya, Pan Gon itu sendiri saya yang pilih dengan sokongan exco FAM.

“FAM juga kecewa apabila Pan Gon mengeluarkan beberapa perkara yang tidak tepat semasa sidang akhbar seolah-olah mahu melepaskan dirinya sahaja,” katanya.

Selain itu, Hamidin berikrar akan mencari jurulatih baharu yang lebih baik berbanding Pan Gon, namun meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada pemangku ketika ini, Pau Marti Vicente.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN