PETALING JAYA: Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon seperti ‘orang gila talak’ semasa ingin meminta pelepasan bagi menamatkan kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Pan Gon berbohong dengan menyatakan tujuan utama beliau meminta penamatan kontrak adalah kerana berdepan masalah keluarga. “Cerita ini pedih sebenarnya, sehingga perlawanan menentang Taiwan (Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia), Pan Gon masih bersama kita, selepas itu dia bercuti…