Palmer kekal bersama Chelsea hingga 2033

Palmer kekal bersama Chelsea hingga 2033

COLE Palmer kekal bersama Chelsea sehingga 2033.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cole Palmer melanjutkan kontraknya di Chelsea untuk dua tahun lagi yang akan mengekalkannya di Stamford Bridge sehingga musim 2033.

Palmer, yang menjaringkan 27 gol daripada 48 penampilannya dalam kesemua pertandingan musim lalu, tiba daripada Manchester City pada September tahun lalu dengan perpindahan bernilai 42.5 juta pound (RM243.64 juta).

Penyerang itu menjaringkan 22 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kempen sulungnya bersama The Blues, membantu mereka merebut tempat di peringkat Eropah.

Pemain berusia 22 tahun itu juga merupakan sebahagian daripada pasukan England yang mara ke final Euro 2024, di mana penyerang The Blues itu turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan sewaktu menentang Sepanyol dalam aksi terakhir.

“Saya gembira menandatangani kesepakatan baru ini.

“Saya mencapai banyak kejayaan dalam musim pertama di sini dan berharap saya boleh terus menikmati perkara yang hebat di kelab ini, baik di peringkat peribadi, mahupun daripada segi membawa kejayaan dan trofi buat Chelsea.”

Chelsea akan memulakan kempen EPL mereka hujung minggu ini dengan menentang bekas kelab Palmer dan juara bertahan, Manchester City.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN