PETALING JAYA: Pihak Pengurusan Selangor FC masih menaruh kepercayaan kepada Nidzam Jamil untuk membimbing skuad Gergasi Merah biarpun tumpas 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala FA 2024 pada Sabtu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, prestasi jurulatih berusia 44 tahun itu tidak boleh diukur dalam perlawanan akhir berkenaan selain bekas pemain Selangor itu juga memiliki rekod yang baik. Menurut Johan, pihaknya…










