Himpitan Helal ‘hantui’ karier Jijoe

Himpitan Helal ‘hantui’ karier Jijoe

TIMBALAN Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh menenangkan Azizulhasni selepas disingkirkan aksi pusingan pertama keirin lelaki.- IHSAN FB MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.’

Itu merupakan luahan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkenaan situasi ketika beliau tersingkir pada pusingan pertama keirin lelaki, semalam.

Kontinjen Malaysia berdepan detik hitam apabila satu-satunya wakil yang mampu membutirkan emas pertama negara itu dibatalkan penyertaannya selepas mendahului ‘pacer’.

Azizulhasni yang lebih mesra disapa ‘Jijoe’ itu pada mulanya berbincang strategi bersama John Beasley untuk kekal berada di posisi paling hadapan seawal mungkin.

“Ini kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ianya akan meletakkan saya situasi sukar untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi dengan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya.

“Berkemungkinan akan ada halangan dan jarak oleh beberapa pelumba di hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan kemungkinan untuk menang.

“Perancangan saya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua selepas pacer keluar dan terus memecut posisi pertama,” kata Azizulhasni.

Bagaimanapun, Jijoe terpaksa menerima padah apabila pelumba Perancis, Rayan Helal menghimpit beliau ketika mahu merebut posisi paling hadapan.

“Ketika di sekeloh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat saya dihalang oleh Helal. Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ianya disengajakan kerana melanggar saya dan hampir terjatuh.

“Saya terselamat kerana tindak balas dan kemahiran yang saya ada biarpun beliau (Helal) masih mengekori rapat untuk memberi himpitan kedua sekali gus saya bergerak ke hadapan untuk mengelak daripadanya.

Ketika Jijoe sedang bergolak dengan pelumba tuan rumah itu, beliau gagal memperlahankan kelajuan menyebabkan memotong ‘pacer’ dengan lebih awal.

“Sebagai seorang pelumba Keirin yang elit, kelajuan ‘pacer’ saya sudah tahu sebelum keluar. Biasanya di pusingan terakhir, ‘pacer’ akan memecut keluar pada kelajuan 50-55 kilometer (km) sejam.

“Namun perlumbaan saya tadi (semalam), ‘pacer’ lebih perlahan dari kelajuan sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh keempat.

“Semasa saya tengah bergolak dengan Helal, melihat ‘pacer’ masih belum memecut keluar, saya terkejut dan cuba ‘back pedal’ sebagai cara untuk brek akan tetapi malangnya tidak sempat memperlahankan kelajuan yang diinginkan,” jelasnya.

Azizulhasni mengakui kesalahannya apabila tayar belakangnya memotong ‘pacer’ namun menjelaskan ianya keadaan yang tidak disengajakan oleh dua keadaan.

“Pertama, saya dihimpit secara berterusan oleh Helal. Kedua pula ialah ‘pacer’ tidak bergerak pada kelajuan yang ditetapkan serta tidak memecut keluar seperti biasa,” katanya.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×