China tuduh AS tipu ujian doping

China tuduh AS tipu ujian doping

ERRIYON Knighton tetap beraksi dalam acara 200 meter Sukan Olimpik Paris 2023 biarpun gagal ujian doping pada Mac lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Agensi anti-doping China (CHINADA) meminta lebih banyak ujian dilakukan terhadap atlet Amerika Syarikat (AS) dan menuduh negara itu menyembunyikan penyalahgunaan doping atletnya yang beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

CHINADA dalam satu kenyataan berkata, ada sebab untuk pihaknya mengesyaki bahawa AS cuba menyembunyikan isu doping terutamanya dalam acara trek dan padang.

Ia merujuk kepada kes pelari pecut AS, Erriyon Knighton yang didapati positif terhadap bahan terlarang pada Mac lalu tetapi dibenarkan untuk bersaing di Paris selepas seorang penimbang tara bebas memutuskan bahawa keputusan itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.

“Mengapa USADA (Agensi Anti-Doping AS) seolah-olah tidak menemui lebih banyak ujian positif untuk steroid yang digunakan secara meluas dalam kalangan atletnya atau memberi amaran kepada mereka tentang risiko pencemaran.

“Ini satu pengabaian berulang dan sengaja oleh USADA terhadap prosedur dan piawaian,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, China tidak berpuas hati terhadap layanan diskriminasi terhadap perenangnya sebelum Olimpik Paris, di mana mereka diuji doping sebanyak 600 kali iaitu jauh lebih banyak berbanding atlet dari negara lain dan tiada satu kesalahan yang dicatatkan.

Berbeza dengan atlet lain khususnya AS dan Eropah, secara purata mereka diuji sebanyak lima atau enam kali sebelum temasya bermula.

China tiba di Paris dengan suasana tegang selepas The New York Times melaporkan pada April lalu bahawa 23 perenang China diuji positif bahan terlarang trimetazidine (TMZ) menjelang Tokyo 2020.

Bagaimanapun, China mendakwa bahawa ia adalah akibat pencemaran makanan dan penjelasan itu diterima oleh Badan Anti-Doping Dunia (WADA).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN