Belanda, Australia lebur rekod dunia di Velodrom

Belanda, Australia lebur rekod dunia di Velodrom

Pasukan berbasikal trek Belanda memecahkan rekod dunia ketika mempertahankan pingat emas acara pecut berpasukan lelaki.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pasukan berbasikal trek Belanda memecahkan rekod dunia mereka dua kali sebelum berjaya mempertahankan pingat emas acara pecut berpasukan lelaki di Saint-Quentin-en-Yvelines.

Manakala Australia turut memperbaiki rekod dunia dalam acara kejar-mengejar berpasukan lelaki.

Harrie Lavreysen, Roy van den Berg dan Jeffrey Hoogland dari Belanda membakar trek velodrom dengan catatan baharu 40.949 saat(s) sementara Britain meraih perak dan Australia memenangi gangsa.

Trio Belanda tersebut sebelum ini memukau penonton dengan catatan rekod baharu dunia 41.191s ketika saringan, mengatasi rekod 41.225s yang dilakukan di Berlin pada tahun 2020.

“Ia gila,sudah tentu kami mahu mempertahankan pingat emas, tetapi memecahkan rekod dunia dan mencatat masa di bawah 41 saat memang terlalu istimewa.

“Trek ini sangat pantas dan kami terfikir perlu memecahkan rekod jika mahu menjadi juara Olimpik.

“Ia berasa bagus menjelang minggu ini, jadi tunggu dan lihat.” kata Lavreysen, pelumba pecut terbaik dunia.

Trio ini juga menang emas di Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, menamatkan dominasi pasukan Britain yang diketuai Jason Kenny.

Dalam acara kejar-mengejar berpasukan lelaki, Australia mengalahkan Itali dengan rekod baharu dunia 3:40.730, mengatasi rekod lama 3:42.032 yang dicatat Itali di Tokyo 2020.

Pasukan Australia, terdiri daripada Oliver Bleddyn, Sam Welsford, Conor Leahy dan Kelland O’Brien, akan bertemu Britain untuk penentuan pingat emas.

Dengan prestasi cemerlang ini, kedua-dua pasukan Belanda dan Australia membuktikan kehebatan mereka di velodrom Paris, menjadikan sukan Olimpik ini semakin menarik untuk ditonton.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN