Aaron-Wooi Yik tekad pertahan gangsa

Aaron-Wooi Yik tekad pertahan gangsa

WANG Chang-Liang Wei Keng berjabat tangan dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas perlawanan separuh akhir badminton beregu lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas gagal membutirkan emas pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini mengalihkan fokus untuk mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya ketika Olimpik Tokyo 2022.

Pasangan No.3 dunia itu bakal membuat perhitungan dengan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan penentuan pingat gangsa, malam ini

Aaron berkata, beliau bersama Wooi Yik enggan memikirkan kegagalannya membawa pulang emas, sebaliknya tekad untuk membawa pulang satu pingat untuk negara.

“Kami ada perlawanan lagi dan kami harus memberi fokus sepenuhnya untuk perlawanan terakhirnya itu.

“Kami pun harap dapat satu lagi pingat (gangsa) untuk diri sendiri dan juga negara. Biarpun ianya hanya gangsa namun itu satu pingat yang berharga buat kami dan negara,” kata Aaron.

Kelmarin, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan selepas tewas kepada beregu No.1 dunia dari China Liang Wei Keng-Wang Chang 19-21, 21-15, 21-17 untuk mara ke final.

Sementara itu, Wooi Yik enggan meletak sebarang tekanan, sebaliknya berharap pengalaman tiga tahun lalu ketika beraksi penentuan gangsa di Tokyo 2020 sebagai satu ‘bekalan’ untuk menewaskan wakil Denmark itu.

“Saya tidak mahu tekanan menganggu diri saya. Kami hanya mahu menikmati permainan dan walau apa jua keputusannya nanti, kami akan berikan yang terbaik,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN