Tiada lebihan kuota buat Tze Liang

Tiada lebihan kuota buat Tze Liang

Ooi Tze Liang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib tidak menyebelahi penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang apabila Akuatik Dunia (WA) memutuskan tiada kuota tambahan diberikan kepada Persekutuan Renang Malaysia (MAS)

Pengarah teknikal terjun MAS, Bryan Nickson Lomas berkata, pihaknya menunggu berita daripada WA sejak bulan lalu, namun WA kelmarin mengesahkan bahawa tiada slot tambahan buat Malaysia.

“WA tidak menghantar sebarang berita mengenai slot tambahan itu dan kami juga tidak menerima sebarang emel daripada badan induk itu. Bagaimanapun, WA sudah mengesahkan tiada slot tambahan buat Tze Liang.

“Jadi keputusan ini menyaksikan hanya dua wakil negara iaitu Nur Dhabitah Sabri dan Bertrand Rhodict Lises bakal mewarnai sukan terjun di Paris,” katanya.

Minggu lalu, ratu terjun negara, Dhabitah dipilih oleh MAS untuk ke Paris selepas WA memberi satu slot unused quota kepada Malaysia.

Dalam pada itu, Bryan meluahkan rasa duka citanya kerana Tze Liang gagal mendapat slot tambahan ke Paris.

Menurutnya, prestasi penerjun berusia 30 tahun itu sangat konsisten sejak awal tahun dan mampu bersaing pada acara empat tahun sekali itu.

“Sejujurnya saya kecewa kerana Tze Liang tidak mendapat kuota itu. Kalau diikutkan ranking beliau berada di atas daripada Dhabitah.

“Pencapaian Tze Liang juga amat membanggakan musim ini. Sangat rugi kerana beliau terlepas ke Olimpik walaupun sememangnya dia layak berdasarkan prestasi,” ujar Bryan-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN