KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) bakal mendapatkan khidmat penyerang import baharu bagi memperkuatkan pasukan itu pada jendela perpindahan yang akan dibuka bulan depan. Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner berkata, hasrat itu sudah dinyatakannya kepada pihak pengurusan kelab namun mengakui sebarang keputusan bergantung kedudukan kewangan. Menurut Steinbruckner, kecederaan serius dialami penjaring terbanyak musim lalu, Ivan Mamut, yang disisihkan sejak Januari akibat kecederaan tumit menjejaskan persiapan skuad Penyu. Katanya, situasi itu memaksa TFC meletakkan…