Selangor FC elak Faisal cedera

Selangor FC mahu elak Faisal cedera

FAISAL Halim ketika beraksi bersama Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berwaspada dan tidak mahu pemain bintangnya, Faisal Halim berdepan kecederaan lain sekiranya kembali lebih awal ke padang bola sepak.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, oleh sebab itu, Selangor tidak mahu terburu-buru untuk mendedahkan pemain itu kepada sesi latihan.

“Pada peringkat permulaan, kita tidak mahu tergesa-gesa kerana takut akan menyebabkan kecederaan lain pula ke atas Faisal.

“Walaupun kita tahu dia seorang yang kuat tetapi kita tidak boleh mendedahkannya kepada kecederaan yang tidak sepatutnya,” jelas Johan.

Terdahulu, Johan mengesahkan tonggak Utama Harimau Malaya itu dijangka menyertai kem latihan pasukan Selangor FC dalam tempoh tiga minggu lagi.

Johan berkata, Faisal menunjukkan perubahan positif selepas menjalani rawatan pemulihan akibat insiden simbah asid pada awal Mei hanya akan melakukan latihan ringan terlebih dahulu.

Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei lalu oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Faizal dilaporkan kritikal dan mengalami kecederaan lecur tahap empat malah menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital pada 25 Mei lalu selepas 20 hari menerima rawatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN