Manfaatkan aksi Pestabola Merdeka, lonjak ranking Harimau Mal

Manfaatkan aksi Pestabola Merdeka, lonjak ranking Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya perlu meraih keputusan positif pada aksi Pestabola Merdeka 2024. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon perlu memanfaatkan aksi Pestabola Merdeka 2024 dan Piala AFF 2024 untuk menaikkan ranking Harimau Malaya.

Pestabola Merdeka akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 hingga 10 September ini, manakala Piala AFF pada 23 November hingga 21 Disember ini.

Bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir berkata, kejayaan di Pestabola Merdeka sangat penting kerana kedudukan ranking mempengaruhi undian kelayakan Piala Asia 2027.

“Pan Gon perlu menjadikan Pestabola Merdeka yang disertai Tajikistan, Lubnan dan Filipina sebagai medan terbaik untuk melakukan persiapan pasukan sebelum beraksi di Piala AFF.

“Masih ada masa untuk cari kekuatan dan kelemahan pasukan. Pasukan yang sertai kejohanan ini juga berada di ranking lebih baik berbanding kita (kecuali Filipina),” katanya.

Undian bagi kempen kelayakan Piala Asia 2027 pada Disember ini akan menggunakan ranking terbaru yang akan dikemaskini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada November.

Sehubungan itu, aksi Pestabola Merdeka pada kalendar FIFA perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Harimau Malaya untuk naik ke kedudukan lebih baik berbanding ke-135 ketika ini.

Biarpun mengakui aksi Pestabola Merdeka akan mempengaruhi kedudukan ranking, Hasnizam berkata, Pan Gon perlu mengutamakan strategi dan taktikal dalam skuad kendaliannya.

“Penting untuk fokus kepada perancangan dan strategi kerana apabila Pan Gon merangka strategi yang bagus dan menterjemahkannya di atas padang, kemenangan boleh dicipta.

“Jika terlalu fokus kepada ranking ia boleh memberi tekanan kepada pemain,” katanya.

Selepas berakhir Pestabola Merdeka, fokus Harimau Malaya akan beralih ke saingan Piala AFF 2024 dengan Malaysia berada di Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Singapura, Kemboja dan pemenang playoff antara Brunei atau Timor Leste.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN