PETALING JAYA: Spekulasi mengenai calon ketua jurulatih baharu Harimau Malaya hangat diperkatakan dengan bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo tersenarai sebagai calon terbaik untuk mengisi jawatan tersebut. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd. Sadek Mustafa berkata, Hang Seo merupakan calon yang relevan dan berpotensi membawa pasukan negara ke tahap yang lebih tinggi. “Dia memang salah satu pilihan yang boleh kita katakan…