FAM gagal pujuk Pan Gon

FAM gagal pujuk Pan Gon

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon ketika mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini hari ini. Jurulatih berusia 55 tahun berasal dari Korea Selatan itu berkata telah membuat keputusan untuk berundur awal, walaupun kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sehingga Disember 2025. Gambar FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui telah berusaha keras memujuk Kim Pan Gon untuk kekal bersama Harimau Malaya namun terpaksa menghormati keputusan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

Perkara itu dikongsi oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya telah beberapa minggu cuba mengubah keputusan itu namun pada akhirnya terpaksa menghormati keputusan Pan Gon.

“Kita sudah mula bincang secara mendalam dalam dua minggu sebelum ini dan ada beberapa siri pertemuan dan perbincangan dengan Presiden sendiri, dengan saya dan Datuk S. Sivasundaram (Timbalan Presiden FAM) semua memang kita cuba sedaya upaya memujuk sehabis baik beliau untuk kekal bersama pasukan kebangsaan.

“Tetapi atas alasan-alasan yang kita tahu tadi adalah isu peribadi dan akhirnya kita terpaksa menghormati keputusan beliau.

“FAM memang merasa kegagalan dan sangat terasa kehilangan kerana kita nampak beliau telah buat sesuatu dan kemajuan bola sepak,” katanya padang sidang media khas di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Berikutan keputusan itu, Yusoff memberitahu kekosongan tersebut akan diisi oleh penolong ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente dari Sepanyol sebagai pemangku ketua jurulatih kebangsaan sambil dibantu seorang lagi penolong ketua jurulatih kebangsaan, E. Elavarasan.

“Untuk pengetahuan semua, Pan Gon telah berjumpa dengan pihak pengurusan FAM bagi menyatakan hasrat beliau untuk memendekkan tempoh kontraknya.

“Ia disusuli dengan beberapa lagi perjumpaan selepas itu yang mana kita cuba untuk memujuk beliau supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu tetapi pada akhirnya, pihak pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif FAM menghormati keputusan beliau dan bersetuju untuk melepaskan Pan Gon dengan persetujuan bersama, biarpun beliau masih berbaki kontrak dengan FAM sehingga Disember 2025.

“Sudah tentu ini satu berita sedih dan duka untuk kita semua kerana Pan Gon telah berjaya membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023, selain ranking FIFA kita juga meningkat naik di sepanjang dua tahun setengah beliau membimbing pasukan kebangsaan. Kita amat berasa kehilangan beliau,” jelasnya.

Biarpun Pan Gon menggunakan alasan peribadi untuk meletakkan jawatan, terdapat laporan yang mendakwa jurulatih itu bakal memeriahkan saingan K-League 1 musim 2024 apabila dipancing oleh Ulsan HD selepas pengendalinya, Hong Myung Bo bersetuju menjadi pengendali baru Korea Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN