SETIU: Lebih 206 pelumba akan berentap pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong bermula, hari ini. Pengarah kejohanan, Dr. Ahmad Naqib Abu Bakar berkata, selain pelumba tempatan turut mengesahkan penyertaan adalah pelumba dari Belarus, China, Thailand, Singapura dan Indonesia. Selain itu, menurutnya, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga berkenan mencemar duli dan akan mewakili kelab Royal Terengganu Endurance Stable…