KUALA NERUS: Kemenangan bergaya empat gol tanpa balas ke atas Sabah pada suku akhir pertama Piala FA, semalam, adalah sesuatu di luar jangkaan buat skuad Terengganu FC (TFC). Apatah lagi kemenangan itu tidak disaksikan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner, dari tepi padang setelah pengendali berasal Croatia itu terpaksa dikuarantin setelah positif Covid-19. Penolong jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali, berkata, dia diberi tanggungjawab mengetuai cabaran Sang Penyu dengan percaturan di posisi bek…