Siapa bakal ganti posisi Syihan?

Siapa bakal ganti posisi Syihan?

Ahmad Syihan Hazmi (tengah) tiada dalam senarai pemain Harimau Malaya selepas berdepan kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya bakal berdepan tugasan ‘berat’ untuk memastikan gawang tidak bolos dalam dua baki aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas penjaga gol utama, Ahmad Syihan Hazmi terpaksa digugurkan ekoran kecederaan.

Situasi itu menambah ‘luka’ buat skuad kendalian Kim Pan Gon selepas turut terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain utama seperti Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Romel Morales, Ahmad Syihan Hazmi, Darren Lock, Syafiq Ahmad dan Azam Azmi Murad.

Dengan ketiadaan Ahmad Syihan, peluang bakal direbut oleh tiga penjaga gol yang berada dalam kem latihan pusat negara ketika ini iaitu Azri Ab Ghani, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bagi mengisi benteng terakhir Harimau Malaya.

Bukan mahu menidakkan keupayaan yang Azri, Kalamullah dan Sikh Izhan, tetapi sekiranya Ahmad Syihan berada dalam skuad menentang Kyrgyzstan pada Khamis ini dan Taiwan pada 11 Jun, para peminat pastinya boleh menarik nafas lega dengan ketangkasan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Berdasarkan prestasi semasa, Azri yang juga penjaga gol Kuala Lumpur City (KL City) FC dijangka akan menggantikan tempat Syihan, namun segala keputusan terletak ditangan Pan Gon sambil dibantu jurulatih penjaga gol Harimau Malaya, Cho Jun Ho.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia  (FAM) dalam satu kenyataan memaklum Syihan tidak dapat menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya kali ini kerana mengalami kecederaan seperti yang dimaklum dan disahkan oleh doktor kelab Harimau Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN