Pan Gon mahu kekal bimbing Harimau Malaya

Pan Gon mahu kekal bimbing Harimau Malaya

KIM Pan Gon mahu terus kekal di Malaysia dan memasang impian bawa pasukan ke Piala Asia 2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kim Pan Gon mengakui beliau akan terus kekal membimbing Harimau Malaya selagi khidmatnya diperlukan di Malaysia.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, beliau juga sama sekali tidak pernah meminta untuk meninggalkan pasukan kebangsaan.

“Saya harus kekal di sini dan saya tidak pernah meminta untuk meninggalkan pasukan. Kita sentiasa berjuang tetapi ini (meninggalkan Harimau Malaya) bukanlah keputusan yang boleh saya buat.

“Saya mahu pergi ke Piala Asia yang seterusnya bersama Harimau Malaya,” kata Pan Gon pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 itu, Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Taiwan 3-1.

Bagaimanapun, skuad negara yang kini berkongsi 10 mata dengan Kyrgyzstan memiliki peluang amat tipis untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan meraih tiket awal ke Piala Asia 2027.

Skuad negara kini hanya boleh mengharapkan keajaiban besar berlaku di Muscat supaya Oman membelasah Kyrgyzstan sekurang-kurangnya tujuh gol untuk Harimau Malaya melepasi Kumpulan D.

Mengulas lanjut aksi terbabit, Pan Gon melihat peluang negara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sememamgnya tipis dan kegagalan mendapatkan kemenangan besar ke atas Taiwan sememangnya memeritkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×