Kyrgyzstan ranapkan impian Malaysia

Kyrgyzstan ranapkan impian Malaysia

Kyrgyzstan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak secara merit ke Piala Asia 2027 selepas muncul naib juara Kumpulan D.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Kyrgyzstan mengikat Oman 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D di kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menoktahkan impian Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Keputusan seri itu menyaksikan Kyrgyzstan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak ke Piala Asia 2027 selepas mengutip 11 mata untuk berada di tangga kedua, manakala Oman muncul juara Kumpulan D dengan 13 mata.

Kemenangan 3-1 Malaysia ke atas Taiwan dalam aksi lebih awal juga tidak memberi sebarang makna buat anak-anak buah Kim Pan Gon apabila terpaksa akur menamatkan saingan kelayakan itu di tempat ketiga dengan 10 mata.

Oman yang sudah layak ke pusingan ketiga dan menempah slot ke Piala Asia 2027 turun di laman sendiri untuk aksi terakhir menentang Kyrgyzstan yang memerlukan keputusan positif bagi mengesahkan tempat setelah kejayaan skuad negara meraih tiga mata.

Kyrgyzstan bermula dengan baik dalam perlawanan itu apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi jaringan Eldiyar Zarypbekov untuk meletakkan skuad The White Falcons mendahului 1-0 pada babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Oman tidak menunggu lama untuk meraih gol penyamaan hasil jaringan sendiri penjaga gawang Kyrgyzstan, Erzhan Tokotaev.

Aksi di Kompleks Sukan Sultan Qaboos berakhir dengan Oman dan Kyrgyzstan terikat seri 1-1, sekali gus berkongsi satu mata untuk melayakkan skuad kendalian Stefan Tarkovic ke pusingan seterusnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN