PETALING JAYA: Ketumpulan jentera serangan dan kurang keserasian pemain dilihat menjadi punca kepada Harimau Malaya yang hanya mampu mencipta kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak FC, semalam. Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, berdepan pasukan berstatus kelab skuad negara sepatutnya mencipta kemenangan dengan jumlah jaringan yang lebih besar untuk membuktikan kemampuan. Katanya, beliau bukan mahu memperkecilkan kemampuan Perak FC tetapi melihat kepada kemampuan skuad kendalian Yusri Che Lah…