Itali bermain terlalu perlahan- Spalletti

Itali bermain terlalu perlahan- Spalletti

LUCIANO Spalletti mahu ubah nasib Juventus.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pengendali Itali, Luciano Spalletti mengakui anak buahnya tidak beraksi dengan baik ketika tumpas 0-2 kepada Swizerland dalam aksi pusingan 16 Euro 2024, sebentar tadi.

Menurut Spalletii, secara keseluruhan, Switzerland beraksi dengan cukup baik sejak wisel permulaan dibunyikan dengan barisan serangan melakukan asakan berbahaya.

“Gol pada awal babak kedua sebenarnya telah memusnahkan kami, kami tidak bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Apa yang membezakan ialah rentak permainan.

“Rentak kami terlalu perlahan jika dibandingkan dengan lawan pada pertama. Malah secara individu, rentak pemain juga berbeza hari ini,” kata Spalletti.

Dalam aksi Olympiastadion itu, Remo Freuler dan Ruben Vargas menjadi wira apabila jaringan mereka pada minit ke-37 dan 46 berjaya membawa Switzerland ke suku akhir.

Switzerland akan bertemu pemenang perlawanan di antara England dan Slovakia pada aksi suku akhir di Dusseldorf pada Sabtu ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN