Gundogan akui Jerman belum sempurna

Gundogan akui Jerman belum sempurna

AKSI Ilkay Gundogan ketika Jerman berdepan Hungary dalam perlawanan kedua Kumpulan A Euro 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STUTTGART: Kapten Jerman, IIkay Gundogan mengakui masih ada beberapa masalah perlu diatasi oleh pasukannya untuk menjadi skuad yang sempurna biarpun melakar dua kemenangan awal alam kempen Euro 2024.

Pemain tengah Barcelona itu berkata, secara total pasukannya semakin baik dan rakan sepasukan ajar diberikan pujian atas kejayaan melakar kemenangan kedua dalam saingan peringkat Kumpulan A.

“Kami semakin baik, tetapi apabila kami bertambah baik kami perlu mengatasi beberapa masalah, itulah yang ditunjukkan permainan hari ini, terutamanya pada separuh masa pertama.

“Saya mahu terus bersabar, untuk menyelesaikan tugas saya tanpa mengambil terlalu serius. Lebih kerap anda berlatih bersama, lebih baik perasaan untuk rakan sepasukan anda juga perasaan menjadi lebih baik dengan pemain di sekeliling saya,” katanya.

Dalam pada itu, penjaga gol, Manuel Neuer berkata, kemenangan ke atas Hungary sangat penting buat mereka.

“Ia sangat, sangat penting, kami mahu mengesahkan prestasi kami menentang Scotland, kami sedar sebelum ini bukan mudah untuk kami menentang Hungary.

“Anda boleh merasainya apabila anda melihat orang ramai. Suasananya bagus… Jerman sentiasa berada dalam kelompok kegemaran, tetapi kami perlu membuat kerja rumah kami,” kata Neuer.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN