PETALING JAYA: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria menaruh keyakinan tinggi bahawa skuad badminton negara akan ‘meletup’ di Sukan Olimpik Paris 2024. Norza berkata, setiap atlet mempunyai proses turun dan naik dan tahap kemuncak prestasi kem badminton negara sudah tentu perlu dipamerkan di Paris dan bukan di Jelajah BWF semata-mata. “Kalau kita lihat Terbuka Thailand, Malaysia kita menang. Adakah kita mahu mereka memuncak di Jelajah BWF? Kita…