Adib terkejut dipanggil sertai Harimau Malaya

Adib terkejut dipanggil sertai Harimau Malaya

Kim Pan Gon ketika mengendalikan sesi latihan kem harimau Malaya di Wisma FAM.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Penang FC, Adib Raop, seakan bermimpi apabila namanya tersenarai dalam skuad Harimau Malaya sekaligus berpeluang untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi antara pilihan baharu ketua Jurulatih, Kim Pan Gon untuk menghadapi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan.

Beliau meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap panggilan pertama ke kem kebangsaan dengan beliau berpendapat, segala kerja kerasnya dalam pasukan membuahkan hasil sehingga berjaya memikat hati Pan Gon.

“Saya rasa bersyukur dan agak bangga dengan berita ini. Ibu bapa saya pun tidak pernah menyangka saya akan sampai ke sini (panggilan skuad kebangsaan) tetapi ini berkat usaha saya. Mereka juga berpesan supaya jangan tinggal solat.

“Saya tak sangka Pan Gon pantau persembahan saya kerana saya cuma bermain di Penang FC dan saya tidak rasa ada orang pandang saya. Apa yang penting, saya kena buat yang terbaik. Perkara lain (dipilih untuk beraksi) itu terpulang kepada barisan kejurulatihan,” katanya.

Skuad negara kini sedang dalam persiapan untuk Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, di mana mereka akan menentang pasukan di ranking ke-100 dunia, Kyrgyzstan, di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun ini.

Mereka kemudiannya akan pulang untuk perlawanan keenam bertemu pasukan di ranking ke-159 dunia, Taiwan, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Dua kekalahan berturut-turut di tangan Oman pada aksi kelayakan Mac lalu menyaksikan skuad negara menghuni tangga ketiga Kumpulan D dengan enam mata, tiga mata di belakang Kyrgyzstan selaku pendahulu dan Oman di tangga kedua.

Hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN