Tiada kompromi isu pergaduhan- FAM

Tiada kompromi isu pergaduhan- FAM

TANGKAP layar video pergaduhan membabitkan pemain belia Melaka FA dan Sri Pahang pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain belia Melaka FA dan Sri Pahang bakal berdepan hukuman keras daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas bergaduh pada saingan Piala Belia 2024 di Melaka, Ahad lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sudah menerima laporan lengkap mengenai kejadian yang berlaku di Stadium Hang Tuah itu dan akan menentukan bentuk hukuman yang sewajarnya.

Menurut Noor Azman, tindakan tegas bakal diambil dalam usaha badan induk itu menoktahkan isu keganasan dalam bola sepak.

“Bagi FAM kita pandang serius perkara sebegini, laporan lengkap akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib untuk lihat langkah hukuman yang akan dikenakan.

“Saya harapkan kalau tindakan tegas yang (boleh) kita akan ambil memandangkan di peringkat Piala Belia tak sepatutnya berlaku macam ini (pergaduhan). 

“Piala Belia sekurang-kurangnya medan melahirkan pemain yang berdisiplin, beradab dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, pada Mac lalu, FAM telah memberikan peringatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pergaduhan pada pertandingan Piala Presiden (Bawah 20 Tahun) dan Piala Belia (Bawah 18 Tahun) musim ini.

Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika aksi Kumpulan A Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC.

Rakaman selama 44 saat itu menyaksikan situasi tegang dengan adegan tolak-menolak antara pemain sambil pegawai kedua-dua pasukan dilihat cuba untuk menenangkan keadaan.

Salah seorang pemain kelihatan melakukan tindakan agresif dengan menendang belakang badan pemain lawan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN