Nidzam catur strategi terbaik

Nidzam catur strategi terbaik

SELANGOR FC menjalani latihan menjelang pertembungan dengan Negeri Sembilan malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui masih belum membuat keputusan pemain mana bakal menggantikan posisi Faisal Halim menjelang aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Bagaimanapun, bekas pertahanan Selangor itu berkata beliau sudah mempunyai dua nama untuk menggantikan tempat Faisal yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan di hospital swasta selepas melecur tahap empat akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu.

“Dua nama untuk diturunkan menggantikan Faisal pada Sabtu ini adalah Mukhairi Ajmal dan penyerang import dari Jordan, Reziq Bani Hani. Namun, saya masih belum putuskan lagi. Bergantung kepada taktikal dan situasi pada hari perlawanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Nidzam, beliau menjangkakan pertemuan sengit bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan yang mahukan tiga mata penting untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super musim 2024/2025.

“Persiapan kami tersusun seperti pasukan lain. Persiapan kami bukan untuk aksi ini sahaja tetapi sepanjang musim ini dan sudah tentu kami bersedia untuk menghadapi KDA FC.

“Bagaimanapun, KDA FC pasukan yang bagus apabila memiliki ancaman seperti Syafiq Ahmad dan Sony (Norde). Mereka dibarisi pemain matang yang sudah lama beraksi dalam Liga Super,” katanya lagi.

Tambah Nidzam, beliau turut menjangkakan hujan lebat di hari perlawanan dan pemainnya bersedia untuk beraksi dalam cuaca buruk.

“Berdasarkan ramalan cuaca, hujan pada hari perlawanan. Bola sepak seronok jika bermain dalam cuaca baik kerana jika hujan padang mungkin akan becak dan tidak banyak hantaran pendek dapat dilakukan.

“Apa-apa pun kami bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya lagi.-UTUSAN

 

KAPSYEN: PEMAIN Selangor FC menjalani akhir akhir sebagai persiapan untuk menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN