PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan minat Sarawak untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027. Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata, perbincangan sedang dilakukan bagi melihat kemampuan negeri itu menjadi penganjur bersama temasya dwitahunan terbabit. “Perkara ini masih dalam pertimbangan dan dalam kajian. Hal ini kerana banyak faktor yang perlu kita ambil tahu dari segi dana kewangan negeri dan persekutuan termasuk fasiliti sukan. “Kami masih dalam proses memperhalusi…