Faisal melecur tahap empat, perjalanan karier jadi tanda tanya

Faisal melecur tahap empat, perjalanan karier jadi tanda tanya

Faisal Halim mengalami lecur tahap empat akibat disimbah asid. - Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melecur tahap empat, itu merupakan status kecederaan yang dialami pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim selepas menjadi mangsa simbahan asid individu tidak dikenali.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas beliau melawat bintang utama Gergasi Merah Kuning itu hari ini.

Dalam masa yang sama, Shahril yang juga pengurus skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan pemain itu supaya segera pulih.

“Faisal kini masih lagi menjalani rawatan dan dia mengalami kecederaan melecur tahap empat,” katanya.

Berdasarkan semakan, melecur tahap empat memberi kesan keseluruhan kepada lapisan kulit sehingga membabitkan otot dan tulang selain saraf kawasan terbabit akan mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada pengesahan lanjut tentang keadaan sebenar Faisal ketika ini dan sekiranya kecederaannya serius ia pasti memberi kesan besar kepada karier pemain berusia 26 tahun itu.

Terdahulu, pemain yang dinobat sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara petang semalam.

Dalam perkembangan semasa, Faisal difahamkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam namun, keadaannya tidak begitu baik termasuk daripada segi emosi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN